Kembali    Hubungi Kami   Peta Laman    English    中文    

| Antarabangsa    | Pengasas    | Peluang    
   
Pengasas
 

Dilahirkan di Taiwan, Dr. Jau-Fei Chen berhijrah mengikut keluarganya ketika berumur 10 tahun. Beliau telah memasuki Universiti Brigham Young ketika berumur 16 tahun dan memperoleh PhD dalam bidang mikrobiologi (pengkhususan dalam imunologi dan biokimia) ketika berumur 26 tahun. Beliau kemudiannya memberi tumpuan terhadap penyelidikan kanser.

Dr. Chen menemui kepentingan pencegahan kanser ketika beliau melakukan penyelidikan kanser secara mendalam. Ketika melakukan penyelidikan intensif beliau menemui hubungkait diantara pemakanan yang betul dengan kesihatan sistem imun manusia. Penemuan bermakna ini membawa Dr. Chen untuk mempelopori sains Imunologi Pemakanan E. Excel, iaitu inovasi beliau dalam penjagaan kesihatan. E. Excel International adalah tapak global beliau dalam kemajuan Imunologi Pemakanan dan penyelidikan makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan.

Dr. Chen telah memenangi pelbagai anugerah antarabangsa dan kehormatan diatas sumbangan besarnya sebagai saintis dan usahawan. Walaubagaimanapun, impian utama beliau adalah untuk melihat dunia ini bebas penyakit.

 

• Menerima anugerah Individu Paling Cemerlang dan anugerah Tokoh Usahawan Belia Cina Luar Negara di Taiwan.
• Dinamakan Wanita Paling Cemerlang oleh Persatuan Wanita-Wanita Cina Amerika.
• 8 Mac 1996 telah diisytiharkan sebagai Hari Jau-Fei Chen di California di Amerika Syarikat.
• Individu berbangsa Cina pertama yang dinamakan sebagai salah seorang daripada Sepuluh Belia Paling Cemerlang oleh
   Dewan Perniagaan Muda Amerika Syarikat.
• Dianugerahkan dengan Anugerah Dinasti China oleh Suruhanjaya Perhubungan Orang-Orang Cina Luar Negara Taiwan.
• Dikurniakan Anugerah Individu Cemerlang Semasa oleh media di wilayah Asia Pasifik.
• Diterima dan diperakui oleh pegawai-pegawai kerajaan dan ketua negeri.
• Dinamakan sebagai salah seorang Orang Cina Paling Cemerlang di Amerika.
• Salah seorang daripada 14 orang Cina yang ditulis di dalam rencana dalam buku Orang-Orang Cina Cemerlang di Seluruh Dunia.
• Ditulis dalam rencana 12 usahawan cemerlang dalam buku terbitan Nanyang Siang Pau Malaysia, Nanyang Salutes: The Vision
   and the Way, dimana beliau digelar “Bidadari Kesihatan”.
• E. Excel International telah memenangi Anugerah Unggul Jenama Cemerlang - Jenama Super Excellent Asia Pasifik.
• Dr. Jau-Fei Chen telah menulis pelbagai buku, yang terkini Nutrition • Immunity • Longevity.

 

Hak Cipta Terpelihara © 2012 Extra EXCEL (M) Sdn. Bhd. 223246D.