Kembali    Hubungi Kami   Peta Laman    English    中文    

<
| Antarabangsa    | Pengasas    | Peluang    
   
Antarabangsa

E. Excel ditubuhkan di Amerika Syarikat pada tahun 1987 berasaskan Imunologi Pemakanan. Nama E. Excel berasal daripada perkataan “Extra Excellence,” menunjukkan kegigihan berterusan dalam mencapai kecemerlangan. Selepas bertapak teguh di Amerika Syarikat, E. Excel telah berkembang ke pelbagai buah negara termasuklah Asia.

E. Excel International menggabungkan penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran, pendidikan, dan jualan untuk mengkaji hubungan diantara pemakanan berasaskan tumbuh-tumbuhan dan sistem imun manusia. Melalui penyelidikan saintifik dan pendidikan, Syarikat berharap dapat berkongsi pengetahuan mengenai Imunologi Pemakanan dengan seluruh dunia, untuk memperkasakan sistem imun manusia, dan mencegah penyakit. E. Excel menekankan R&D produk dan menggalakkan kehidupan yang sihat dengan produk-produk yang selamat, berkhasiat dan mudah. Misinya adalah untuk berkongsi nikmat kesihatan dan ilmu pengetahuan dengan seluruh manusia, menyediakan jalan untuk hidup yang sihat dan ceria dalam dunia yang serba pantas dan sering berubah ini.

E. Excel semakin kukuh saban tahun tanpa mengira keadaan pasaran. Dengan pertumbuhan global E. Excel International, E. Excel telah menjadi jenama yang dipercayai. Keluarga-keluarga di seluruh dunia merupakan pengguna setia produk-produk E. Excel. Dan ia adalah testimoni terbaik terhadap keselamatan dan kualiti produk-produknya!  



Hak Cipta Terpelihara © 2012 Extra EXCEL (M) Sdn. Bhd. 223246D.