Kembali    Hubungi Kami   Peta Laman    English    中文    

Untitled Document
This is an example of a HTML caption with a link.

Alternative content

Get Adobe Flash player

Untitled Document
 
 
 
Business Workshop (150517)
Love Your Parents, Take Care of Their Health (100517)
 
Discontinuation of Telephone Order Service (010617)
Penang Branch Closed – George Town UNESCO World Heritage Day (010617)
Public Holiday — Hari Raya Aidilfitri (260517)
Goods to Designated Area (150517)
   

Hak Cipta Terpelihara © 2012 Extra EXCEL (M) Sdn. Bhd. 223246D AJL93303.

 

Laman web Extra EXCEL(M) Sdn. Bhd. (www.eexcel.com.my) adalah satu-satunya lama web rasmi E. Excel Malaysia. E. Excel tidak bertanggungjawab terhadap maklumat-maklumat yang terdapat pada lama web tidak rasmi.

 

Bungkusan produk-produk E. Excel mengandungi maklumat-maklumat penting seperti bahan-bahan, tarikh luput dan kod bar unik untuk tujuan pengesahan. Untuk melindungi hak anda sebagai pengguna, elakkan daripada membeli produk sekiranya bungkusan (pembalut plastic, label produk dan lain-lain) telah rosak atau diubah. Bungkusan yang telah rosak boleh menyebabkan pencemaran, yang boleh menjejaskan kualiti produk dan tempoh hayat simpanan. Sekiranya kotak atau kod bar produk telah rosak, E. Excel tidak dapat mengesahkannya atau memberikan khidmat selepas pembelian.

 

Selain itu, perbezaan cuaca dan tabiat pemakanan juga bermaksud keperluan nutrien pengguna mungkin berbeza antara negara. Oleh yang demikian, E. Excel menyesuaikan formulasi produk-produknya mengikut keperluan pengguna tempatan. Para pengguna dinasihatkan untuk membeli produk-produk E. Excel di dalam negara untuk memenuhi keperluan mereka dan menerima khidmat selepas pembelian.


Maklumat-maklumat yang terkandung di dalam laman web ini hanyalah untuk tujuan rujukan dan pendidikan sahaja. Ia bukanlah bermaksud untuk menggantikan nasihat ahli perubatan profesional yang berkelayakan. Produk-produk E. Excel merupakan produk herba yang dihasilkan untuk menyuburkan tubuh dengan penggunaan yang kerap. Produk-produk E. Excel bukanlah bertujuan untuk merawat atau menyembuhkan mana-mana penyakit dan kesakitan. E. Excel tidak menyokong atau menyarankan pemeriksaan atau perubatan sendiri dalam apa jua cara sekalipun. Jika keadaan anda memerlukan rawatan dan pemeriksaan perubatan, adalah penting untuk anda mendapatkan nasihat pengamal perubatan bertauliah.


Laman web ini juga mungkin mengandungi rujukan-rujukan hasil penyelidikan saintifik yang telah dijalankan pada satu atau lebih herba yang digunakan dalam produk-produk E. Excel. Artikel-artikel tersebut telah dirujuk untuk menunjukkan bahawa komuniti saintifik mendokumentasikan dan mengesahkan kekuasaan sesetengah herba, tetapi di bawah keadaan tertentu dan digunakan seperti yang diterangkan dalam kajian rujukan.Oleh kerana rumusan produk-produk E. Excel mengandungi gabungan herba, jumlah herba yang berlainan, dan mungkin menggunakan herba yang berbeza daripada yang dinyatakan dalam artikel rujukan atau kajian, penggunaan produk-produk E. Excel mungkin tidak dapat mencapai keputusan spesifik seperti yang dinyatakan dalam artikel tersebut. Tiada sebarang dakwaan dibuat oleh E. Excel bahawa oleh kerana produk-produknya mengandungi herba-herba yang disebutkan di dalam kajian, dengan penggunaan kerap akan mendapat hasil yang sama seperti yang dinyatakan dalam kajian. Sebarang dakwaan oleh mana-mana individu adalah tidak diperakui oleh syarikat.

 

Bagi sebarang perbezaan antara teks bahasa Melayu dan Inggeris di dalam laman web ini, sila rujuk teks bahasa Inggeris sebagai sumber maklumat paling tepat.

 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai laman web E. Excel International (Malaysia) atau produk-produknya, sila hubungi jabatan khidmat pelanggan di talian: +603-7660 7788. Terima kasih.