Kembali    Hubungi Kami   Peta Laman    English    中文    

| Ramuan Unik    | Pemprosesan & Pemiawaian    | Pembentangan Imnulogi Pemakanan
   

Imunologi Pemakanan

 
   

Kesihatan yang baik adalah kunci kepada umur yang panjang. Pertubuhan Kesihatan Sedunia melaporkan saban tahun bahawa flu menyebabkan antara 250,000 hingga 500,000 kematian; kira-kira 8.2 juta orang mati akibat kanser; dan lebih kurang 17.5 juta orang mati akibat penyakit kardiovaskular. Banyak penyakit seperti hepatitis, tuberkulosis, dan selesema burung, begitu juga dengan rintangan antimikrob yang disebabkan ancaman ‘superbug’, telah meningkatkan kegusaran antarabangsa baru-baru ini. Berhadapan dengan ancaman kesihatan yang sama dan diberikan rawatan yang sama, sesetengah orang sembuh, tetapi sesetengah yang lain dikalahkan oleh penyakit, manakal ada sesetengah yang lain langsung tidak terjejas. Apakah yang menyebabkan perbezaan ini? Ia bermula daripada doktor terbaik di dunia iaitu sistem imun kita.

Sistem imun yang perkasa memberikan tubuh perlindungan 24 jam daripada penceroboh dan mencegah mutasi sel yang membawa kepada kanser. Sistem imun yang lemah menjadikan tubuh manusia lebih mudah mendapat penyakit. Apabila sistem imun keliru atau membuat pertimbangan yang salah, ia boleh membawa kepada alahan atau penyakit autoimun. Sistem imun yang kuat dan seimbang adalah langkah terbaik untuk mencegah penyakit.

Hasil penyelidikan Imunologi Pemakanan E. Excel menunjukkan bahawa terdapat kaitan yang besar di antara pemakanan dan keimunan. Imunologi Pemakanan E. Excel tidak fokus pada nutrien asas yang diperlukan tubuh, seperti protein, mineral dan vitamin. Sebaliknya ia memfokuskan kepada nutrien yang amat bermanfaat untuk sistem imun seperti fitokimia, antioksidan dan polisakarida.

Imunologi Pemakanan adalah sains yang mengkaji hubungkait diantara pemakanan dan sistem imun manusia. Ia meninjau secara mendalam bagaimana pemakanan yang betul dapat meningkatkan kesihatan sistem imun, mendidik orang ramai mengenai bagaimana untuk memilih makanan dengan bijak agar dapat menikmati gaya hidup yang berkualiti, kesihatan yang baik dan umur yang panjang.


Hak Cipta Terpelihara © 2012 Extra EXCEL (M) Sdn. Bhd. 223246D.