Kembali    Hubungi Kami   Peta Laman    English    中文    

| Produk Herba    | Elemente    | Alat Bantu Pemasaran
   

Produk

 

Matlamat utama E. Excel adalah untuk membantu orang ramai membina sistem imun yang perkasa dan memperbaiki kualiti kehidupan. Produk makanan lengkap kami dihasilkan demi menawarkan pemakanan optimum untuk tubuh dalam bentuk yang ringkas dan lazat.

 

Tubuh kita sering terdedah dengan kesan berbahaya bahan pengawet, logam berat, pencemaran air dan udara dan lain-lain toksin yang tidak terkira banyaknya. Nasib baiklah setiap sistem tubuh memainkan peranan dalam menyingkirkan toksin-toksin ini. Sebagai contoh, sistem pencernaan memproses dan menapis makanan yang kita makan; sistem peredaran bekerja untuk memastikan dinding pembuluh darah bebas daripada deposit lemak; dan sistem imun itu sendiri mengerahkan sel-sel khas untuk meneutralkan mikroorganisma dan lain-lain penceroboh asing.

 

Tetapi untuk tubuh berfungsi dengan baik, ia perlu dibekalkan dengan makanan berkhasiat dan sihat yang diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan. Dalam beberapa tahun ini, adalah jelas didapati bahawa pemakanan yang kaya dengan fitokimia amat berpotensi untuk melindungi tubuh manusia daripada penyakit.


Adalah dipercayai bahawa tabiat pemakanan yang sihat adalah lebih daripada satu gaya hidup; ia merupakan satu pelaburan ke arah hidup yang sihat dan usia yang panjang.


* Maklumat yang terkandung di dalam laman web ini hanyalah untuk tujuan rujukan dan pendidikan sahaja. Ia tidak bermaksud untuk menggantikan nasihat pengamal perubatan professional. Produk-produk E. Excel merupakan produk makanan tambahan herba yang dihasilkan untuk memberikan khasiat kepada tubuh dengan pengambilan berterusan. Produk-produk E. Excel bukanlah untuk merawat atau menyembuhkan mana-mana penyakit. E. Excel tidak menyokong diagnosis diri dan rawatan sendiri; adalah penting untuk anda berjumpa dengan pengamal perubatan profesional.

 

Laman web ini juga mungkin mengandungi rujukan-rujukan kepada penyelidikan saintifik yang telah dijalankan terhadap satu atau lebih herba-herba yang digunakan dalam produk-produk E. Excel. Artikel-artikel ini mungkin dijadikan rujukan untuk menunjukkan kepada komuniti saintifik dan mengesahkan mengenai kehebatan serta kekuasaan herba tertentu, tetapi di bawah keadaan spesifik dan kegunaan seperti yang dinyatakan pada kajian rujukan. Oleh kerana formulasi produk-produk E. Excel mengandungi gabungan pelbagai herba, jumlah herba yang berbeza, dan mungkin menggunakan herba-herba yang berbeza daripada yang dinyatakan dalam mana-mana artikel rujukan dan kajian, penggunaan produk-produk E. Excel tidak akan mencapai hasil yang sama seperti yang digambarkan di dalam artikel-artikel tersebut. Tiada sebarang dakwaan dibuat oleh E. Excel yang mengatakan bahawa oleh kerana produk-produknya mengandungi herba-herba yang terdapat di dalam kajian-kajian tersebut, bahawa dengan penggunaan produk yang kerap akan mencapai hasil spesifik seperti yang digambarkan dalam kajian. Sebarang dakwaan yang dibuat oleh mana-mana individu adalah dinafikan dan tidak diperakui oleh syarikat.

 

Jika terdapat sebarang percanggahan diantara teks-teks Bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Mandarin di dalam laman web ini, sila rujuk teks bahasa Inggeris sebagai sumber maklumat yang paling tepat.

Hak Cipta Terpelihara © 2012 Extra EXCEL (M) Sdn. Bhd. 223246D.